Penafian /Pematuhan perkhidmatan dan penggunaan emel Google for higher education oleh Google adalah terpakai untuk semua staf UTHM dan diguna bersama dengan garispanduan, pekeliling dan undang-undang pihak Kerajaan Malaysia yang sedang berkuatkuasa untuk penggunaan emel elektronik dan internet. Oleh itu semua staf adalah tertakluk kepada undang-undang dan boleh didakwa sekiranya melakukan pelanggaran kepada undang-undang tersebut.
* Peringatan! Pihak Google (pasti) dan admin domain uthm.edu.my (jika diperlukan atau diarahkan oleh pihak berkuasa) boleh melihat dan membaca isi kandungan gmail (terima dan hantar) dan dokumen-dokumen serta fail-fail yang anda letakkan di G-suite dan Google Cloud Storage. Semua staf adalah bertanggungjawab atas semua perkara yang ditulis, dihantar, disimpan dan dikongsi melalui perkhidmatan cloud oleh pihak ketiga seperti Google ini.