Change Version: Makluman Emel UTHM 2022

Halaman ini adalah wajah baharu untuk halaman makluman e-mel Zimbra yang terdahulu.
Laman ini akan digunakan untuk memaklumkan kakitangan dan pelajar UTHM tentang maklumat terkini yang berkaitan Google Workspace dan Microsoft 365.
Diharap semua kakitangan dan pelajar mengambil perhatian dan tindakan yang perlu untuk pengalaman pengguna Google Workspace dan Microsoft 365 yang terbaik.

Makluman Penting!

Kepada warga UTHM, terdapat beberapa makluman untuk disampaikan kepada anda bagi mengemaskini akaun Google milik anda.
Sila baca dengan teliti.


(Kali terakhir dikemaskini: 31 Julai 2022)

Pemberitahuan:

Pihak Google telah memberi kemaskini terbaharu di mana plan storan data yang diagihkan cuma 100 TB dan akan dikongsi oleh semua warga UTHM melalui lesen Google Workspace for Fundamentals. Maka dengan itu, beberapa pengubahsuaian/semakan/audit perlu dilakukan oleh pemilik akaun itu secara kendiri khususnya penggunaan Google Drive untuk memastikan proses-proses penyimpanan data anda tidak ada masalah. Selepas ini, pihak UTHM akan menghadkan dan memantau penggunaan storan oleh warga UTHM. Maka dengan itu, sila baca mesej di bawah untuk memastikan penggunaan akaun Google anda berjalan lancar:


Pengurusan Storan:
  1. Sentiasalah mengemaskini fail dalam akaun Google anda.
  2. Buang semua fail yang anda tidak lagi gunakan.
  3. Jika ada video atau fail penting, pindahkan ke medium lain seperti Youtube dan sebagainya.
  4. Pindahkan fail yang jarang dibuka di dalam Drive, Gmail dan Photos ke storan lokal anda.

Etika & Profesionalisme:

  1. Jangan kongsi maklumat sulit.
  2. Jangan muat turun atau hantar perisian berniat tidak baik.
  3. Jangan tapis domain dari UTHM ke dalam 'spam' anda.
  4. Jangan menciplak karya orang lain.
  5. Jangan muat turun atau kongsi sebarang bahan hak cipta.
  6. Jadi staf yang beretika dengan tidak memasukkan gambar, video peribadi ke akaun profesional anda.
  7. Jangan simpan emel yang tidak diperlukan atau sampah yang boleh mengurangkan saiz e-mel/storan anda.
  8. Jangan muat naik/kongsi fail yang bukan berkaitan kerja seperti foto atau video keluarga anda.
  9. Sebaliknya, gunakan cloud.uthm.edu.my untuk fail sulit berkaitan kerja anda.

Kepentingan melakukan 'Housekeeping' di storan Cloud
'Housekeeping' ialah proses pengemasan storan awan anda. Ia memberi ruang dan membantu anda mengurus e-mel masuk dengan lebih cekap dan ia penting untuk peruntukan ruang fail anda. Buka Artikel & Panduan untuk melihat panduan sepenuhnya.


Polisi dan Undang-Undang Penggunaan Emel UTHM
Lihat di Paparan ini.